05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat W.P Labuan
alt
 
14 Januari 2014 (Selasa)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan, Markas No 2 Divisyen, PDRM Labuan, Mufti Labuan, JKR Labuan, Jabatan Kesihatan Labuan, Jabatan Penerangan Labuan, Jabatan Penyiaran Labuan, Jabatan Pelajaran Labuan, JBPM Labuan, Pejabat Pembangunan Wanita Labuan, SESB Labuan, MAIWP Labuan, Mahkamah Syariah Labuan, USIA Labuan, LKPIM Labuan, Masjid Mahmudiyyah Dan Jawatankuasa Ketua-Ketua Kampung W.P Labuan telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat W.P Labuan yang telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dataran Labuan. Seramai 83 Kontinjen telah menyertai pertandingan perarakan dan sepanduk yang terdiri daripada 6 kategori yang dianggarkan seramai 4,000 orang. Seorang tokoh Maulidur Rasul telah di pilih iaitu Encik Marsidin Bin Daud yang menerima anugerah Khas Sempena majlis ini.
 
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Rozman bin Haji Isli, Ahli Parlimen Labuan merangkap pengerusi Perbadanan Labuan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Senator Dato Hj Yunus bin Kurus, Ahli Dewan Negara, Dato’ Mohd Nadzri bin Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan dan Tuan Sabarudin bin Hasan, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan.

alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
JAWI, Cawangan Labuan