05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Program-Program Sempena Maulidur Rasul SAW. 1435H/2014M Masjid Al-Hidayah Sg. Penchala (MAHSP)
alt
 
14 Januari 2014 (Selasa) – Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala (MAHSP) di bawah kelolaan Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, Bahagian Pengurusan kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang diketuai oleh Ustaz Hazman Bin Che Mohamad telah menganjurkan Program Sempena Maulidur Rasul S.A.W iaitu Pengajian (Daurah) Kitab Hadith 40 Imam An-Nawawi bersama Al-Musnid Syeikh Muhammad Husni Ginting Al-Langkati Al-Indonisi Al-Azhari Asy-Syafi’i. Program yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.00 pm ini dihadiri hampir 300 orang lebih terdiri yang daripada pelajar-pelajar Institut Quran Kuala Lumpur (IQKL), Masyarakat Kampung Sungai Penchala dan penduduk di sekitar Lembah Klang.
 
Di dalam majlis Pengajian (Daurah) Kitab Hadith tersebut, Disamping Al-Musnid Syeikh Muhammad Husni Ginting Al-Langkati membaca dan mensyarahkan Hadith 40 Imam An-Nawawi Rahimahullahu Ta’ala, beliau juga telah menyampaikan Ijazah Hadith Musalsal Berkasih Sayang, Hadith Musalsal Serban, Hadith Musalsal Bakhoor, Hadith Musalsal Attar dan Hadith Musalsal Cincin. Peserta program ini kelihatan begitu bersemangat dan mampu menghabiskan sesi pengajian hingga ke jam 10 malam.
 
Pada hari Rabu 16 Januari 2014 bersamaan 14 Rabi’ul Awwal 1435 pula, Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala mengadakan program “Malam Lantunan Mahabbah Rasulullah S.A.W” bermula jam 6.30 petang hingga jam 11.00 malam, dipimpin oleh Al-Musnid Syeikh Muhammad Husni Ginting Al-Langkati Al-Indonisi Al-Azhari Asy-Syafi’i bersama 2 orang tetamu hebat iaitu Syeikh Dr.Syed Muhammad Habib Bin Syed Abbas Daghistani Al-Husaini dan Al-Fadhil Habib Muhammad Neezam Bin Ariffin Al-Idrusi Al-Husaini (Kedah). Dendangan Qasidah dan bacaan Maulid Ad-Daiba’ie dilantunkan oleh Al-Fadhil Habib Muhammad Neezam Bin Ariffin Al-Idrusi Al-Husaini dan Kumpulan Qasidah dari Majlis Ta’lim An-Nur iaitu Muhibbeen dan majlis juga turut menerima kunjungan dari Kumpulan Qasidah dari Ashab Al-Suffah.
 
Kedua-dua program yang dianjurkan di Masjid Al-Hidayah Sg. Penchala bertujuan menambahkan lagi pengetahuan masyarakat dalam bidang ilmu Hadith seterusnya memahaminya terutamanya dalam silsilah hadith-hadith yang dipelajari. Dalam masa yang sama cuba untuk menghidupkan suasana sunnah Rasulullah S.A.W disamping menanamkan kecintaan serta kerinduan terhadap baginda Nabi Muhammad S.A.W.
 
Program yang berjaya dilaksanakan selama dua hari ini mendapat kerjasama dari sudut sumbangan sokongan moral, tenaga, idea daripada AJK Masjid Al-Hidayah, Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan Majlis Ta’lim An-Nur. Turut menerima tajaan kewangan dari Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6 dan Badan Kebajikan MK Land Holding beserta menerima tajaan makanan dari Nurul Izzah Catering, Kayu Nasi Kandar SS2 dan Zam Zam Cafe & Satay Club Damansara.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala
Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6