05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
PROGRAM JALINAN KASIH BERSAMA ANAK YATIM 2013

alt

27 - 29 Disember 2013/ 24 - 26 Safar 1435H :-
Cawangan Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan telah menjalankan PROGRAM JALINAN KASIH BERSAMA ANAK YATIM 2013 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Program ini telah dapat dijalankan dengan baik dan telah dihadiri seramai 59 peserta anak-anak yatim sekitar Kuala Lumpur. Remaja hari ini adalah penentu masa depan negara. Oleh itu, remaja hari ini perlu didedahkan dengan perkara-perkara yang berfaedah untuk mereka mencari sebanyak mungkin kemahiran serta ilmu tentang kepimpinan bagi menjadi pemimpin yang hebat pada masa akan datang. Remaja sangat suka kepada perkara yang berbentuk pratikal kerana mereka suka kepada cabaran. Justeru program sebegini bertujuan melahirkan generasi pencetus ummah yang dapat mendokong keluarga dan agama apabila mereka dewasa kelak.

Program 3 hari 2 malam ini sarat dengan pelbagai pengisian ilmu melalui slot ceramah interaktif, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan pembentangan. Ini termasuklah slot "Kepimpinan Asas Pencetus Ummah", "Ikut Saya, Kenali Saya", "Kita Insan Biasa, Kita Sama Sahaja!", "Anda Hebat, Anda Berbakat", "Syukur Bila Ditimpa Musibah" dan "Be Positive!". Selain itu, peserta turut bersama-sama menunaikan solat fardhu, solat sunat Dhuha berjemaah dan sesi riadah bersama urusetia dan fasilitator terlibat.

Diharapkan daripada pelaksanaan program sebegini dapat menjadikan khalifah-khalifah Allah yang terpilih ini lebih berkeyakinan dan bermotivasi tinggi dalam sesi pembelajaran baru yang bakal menjelang. Mudah-mudahan mereka inilah bakal menjadi tonggak keluarga dan bakal menjadi pemimpin hebat dalam masyarakat.

alt alt
alt alt


Foto & teks oleh:
Unit Kebajikan, Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)