05:51
Subuh
07:29
Dhuha
13:17
Zohor
16:43
Asar
19:26
Maghrib
20:42
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

PERTEMUAN PERTAMA BERSAMA YB MENTERI AGAMA: AMANAT DAN INSPIRASI MENYUNTIK SEMANGAT WARGA JAWI

622918720 18323090734216322 6527844217411802710 n

11 FEBRUARI 2026 | 23 SYAABAN 1447H (RABU) - Majlis Amanat YB Menteri bersama warga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
 
Ini merupakan perjumpaan pertama YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama warga JAWI, yang penuh makna dan inspirasi.Turut hadir Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah JAWI, Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI, ketua-ketua bahagian serta pegawai-pegawai kanan JAWI.
 
Seramai lebih 400 orang hadir memenuhi dewan termasuk guru SRA dan KAFA serta pegawai masjid. Majlis diserikan dengan Ucapan Amanat oleh YB Menteri, tayangan video Pencapaian JAWI 2025, penyampaian Sijil Pelantikan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga Sosial dan Komuniti (PKKSK), serta Anugerah Pekerja Contoh Bulanan Januari 2026 dan Pegawai Cemerlang Program Transformasi Minda.
 
Sempena Ramadan yang bakal tiba, majlis pada hari ini turut menyaksikan Pelancaran Kempen Islah MADANI: Menghormati Ramadan dan Bijak Bersedekah, serta Pelancaran Skuad MADANI Membantu Peringkat JAWI, sebagai usaha memperkukuh agenda kesejahteraan ummah dan perkhidmatan berteraskan nilai MADANI.
 
Program pada sebelah pagi dimulakan dengan Sesi Perkongsian Ilmu Ambang Ramadan oleh Prof. Madya Dr. Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid, Pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, yang menekankan kepentingan persediaan rohani dan penghayatan nilai Ramadan dalam kehidupan seharian.
 
Semoga amanat dan perkongsian yang disampaikan menjadi pemangkin kepada pengukuhan integriti, kecemerlangan perkhidmatan serta persediaan menyeluruh dalam menyambut bulan Ramadan yang mulia.
 

 

622113696 18323090761216322 7479721715450516837 n


ceramah 2

 Forum 1

 

forum 2 

Disediakan oleh:

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

avatar-title
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar