05:51
Subuh
07:29
Dhuha
13:17
Zohor
16:43
Asar
19:26
Maghrib
20:42
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

WARGA JAWI TERIMA KUNJUNGAN TIMBALAN MENTERI AGAMA

622918720 18323090734216322 6527844217411802710 n

27 JANUARI 2026 | 8 SYAABAN 1447H (SELASA) - Pengurusan tertinggi dan seluruh warga JAWI berbesar hati menerima kunjungan daripada YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke JAWI pada hari ini.
 
YB Senator Puan Marhamah tiba di pekarangan JAWI sekitar jam 9.30 pagi dan ketibaan beliau disambut oleh Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah JAWI dan beberapa orang pegawai JAWI.
Pertemuan yang diadakan pada hari ini dihadiri oleh Ketua-Ketua Bahagian serta pegawai kanan JAWI sebagai sesi suai kenal serta membincangkan beberapa perkara penting yang akan dilaksanakan oleh JAWI dalam masa terdekat.
 
Dalam kesibukan masa dan jadual yang padat, YB Senator Puan Marhamah turut meluangkan masa mengadakan kunjungan ke Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI bagi meninjau pengoperasian kaunter.
 
Terima kasih diucapkan kepada YB Senator Puan Marhamah atas kesudian hadir bertemu warga JAWI dan diharapkan pertemuan ini dapat memperkukuh koordinasi, memperkasakan penyampaian perkhidmatan dan memastikan setiap inisiatif JAWI berjalan selari dengan hasrat yang ingin dicapai oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
 

 

622113696 18323090761216322 7479721715450516837 n


ceramah 2

 Forum 1

 

forum 2 

Disediakan oleh:

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

avatar-title
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar