
|
5 FEBRUARI 2026M | 17 SYAABAN 1447H (KHAMIS) – Cawangan Penapisan Media, Bahagian Penyelidikan, JAWI dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan telah melaksanakan satu operasi pemantauan dan penguatkuasaan berkaitan penerbitan dan pengedaran mushaf Al-Quran di sekitar Kuala Lumpur. Hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak penguatkuasa telah merampas lebih kurang 28 naskhah mushaf Al-Quran yang didapati tidak mempunyai logo kelulusan Kementerian Dalam Negeri, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang dan peraturan sedia ada berkaitan percetakan dan pengedaran teks Al-Quran di Malaysia.
Operasi ini bertujuan memastikan setiap mushaf Al-Quran yang dicetak, diimport dan diedarkan di negara ini telah melalui proses semakan, pengesahan dan kelulusan pihak berkuasa bagi memelihara kesucian serta ketepatan teks Al-Quran.
Sehubungan itu, semua penerbit, pengimport, pengedar dan penjual mushaf Al-Quran diingatkan supaya memastikan setiap naskhah mempunyai logo pengesahan KDN sebelum dipasarkan kepada orang awam. Orang ramai juga disarankan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang keraguan terhadap bahan penerbitan Al-Quran yang dijual di pasaran.
|
![]() |
![]() |
![]() |
|
![]() |
|
Disediakan oleh:
BAHAGIAN PENYELIDIKAN
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته