06:14
Subuh
07:49
Dhuha
13:27
Zohor
16:49
Asar
19:24
Maghrib
20:38
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

AUDIT PEMATUHAN PENGURUSAN SPPIM PERKUKUH KUALITI PERKHIDMATAN NCR DAN RC DI JAWI LABUAN

 KPPK pantau secara langsung
 
22 Ogos 2025 | 27 Safar 1447H (Jumaat) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah melaksanakan Audit Pematuhan Pengurusan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) di JAWI Cawangan Labuan selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Ogos 2024 (Rabu hingga Jumaat).
 
Audit Pematuhan Pengurusan SPPIM di tiga Wilayah Persekutuan merupakan salah satu program yang digariskan sebagai strategi bagi memantapkan tadbir urus Nikah, Cerai, dan Ruju' (NCR) Orang Islam serta Khidmat Nasihat dan Runding Cara Kekeluargaan (RC) di Wilayah-Wilayah Persekutuan selaras dengan Teras 5, Sasaran Kerja Strategik (SKS) JAWI. Program audit pada tahun ini adalah susulan daripada audit yang telah dilaksanakan pada tahun 2024 yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.
 
KPPK pantau secara langsung 2
 
KPPK pantau secara langsung 3 
 
Pasukan audit telah diketuai oleh YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan bersama lima orang juruaudit yang dilantik secara dalaman. Manakala auditee yang terlibat adalah YBrs. Dr. Baharudin bin Othman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAWI Labuan, dan semua pegawai dan kakitangan Cawangan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI Labuan.
 
Semakan dokumen
 
Semakan dokumen 2
 
Skop pengauditan memfokuskan kepada urusan kebenaran berkahwin, permohonan berkahwin menggunakan Wali Hakim, pendaftaran nikah, cerai dan ruju', permohonan Perintah Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan (4P), RC dan Jawatankuasa Pendamai (JKP), SPPIM serta pembayaran fi.
 
Hasil daripada audit yang dijalankan, secara keseluruhannya pasukan audit mendapati bahawa perkhidmatan NCR dan RC di JAWI Labuan telah ditadbir urus pada tahap sangat baik di mana banyak penambahbaikan dan penyelarasan telah dibuat hasil daripada penemuan dan teguran audit pada tahun 2024. Walaupun demikian, terdapat beberapa teguran dan cadangan penambahbaikan telah dikemukakan bagi memperkemaskan lagi proses kerja NCR dan RC di JAWI Labuan selaras dengan peraturan dan Piagam Pelanggan Jabatan demi mempertingkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.
 
penutup 1
 
penutup 2 
 
Pelaksanaan audit ini membuktikan komitmen berterusan JAWI dalam memperkukuh tadbir urus serta mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan NCR dan RC demi kesejahteraan masyarakat Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
 
ramai depan pejabat jawi labuan
 


BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA (BPPK)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
avatar-title
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar