PROGRAM ILMU DAN BAKTI PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT TAHUN 2025

12 JULAI 2025M | 16 MUHARAM 1447H (SABTU) - Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) dengan kerjasama Masjid Zaid Bin Haritsah telah menganjurkan Program Ilmu dan Bakti Perintah Khidmat Masyarakat Tahun 2025. Program yang bertempat di Masjid Zaid Bin Haritsah yang dihadiri oleh seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada para remaja bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada 6.00 petang.
Program yang berobjektifkan memberi suntikan dan memugar semangat dalam membina jati diri remaja melalui ilmu dan khidmat bakti dalam masyarakat . Selain itu, program ini juga memberi pendedahan ilmu, kemahiran dan kepimpinan bagi melahirkan belia yang berakhlak mulia dengan nilai-nilai murni dalam mengukuhkan hubungan antara generasi belia dan komuniti.
Program dimulakan dengan aktiviti gotong royong diikuti sesi perkongsian ilmu Sisipan Jiwa Seorang Anak Muda melalui slot 1 bertajuk: Tahsin Solat dan Slot 2 bertajuk: Perkongsian Diri yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Akmal bin Abd Aziz, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAKIM, manakala slot 3 bertajuk: Selami Siapa Aku yang disampaikan oleh Ustaz Hasan Basri bin Soidin, Naqib Masjid Zaid Bin Haritsah.
Majlis perasmian Program Ilmu dan Bakti Perintah Khidmat Masyarakat Tahun 2025 telah dirasmikan oleh YBrs Tuan Samsuzuki bin Che Noh, Pengarah JKMWPKL. Turut hadir YBrs. Puan Imlah binti Abd Aziz, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah (JAWI) mewakili Pengarah JAWI dalam menyampaikan kata-kata aluan pada majlis perasmian yang turut dihadiri oleh YBrs Tn. Haji Mohd Aizul bin Adnan, Pengerusi Masjid Zaid Bin Haritsah.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan





