05:58
Subuh
07:35
Dhuha
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

PROGRAM KELAS TAFAQQUH MUNAKAHAT SIRI 1 TAHUN 2025 TINGKATKAN KEFAHAMAN PNCR DAN PPNCR WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN

WhatsApp Image 2025 05 29 at 15.26.34

29 Mei 2025 | 1 Zulhijah 1446H
Masjid Negara Kuala Lumpur

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Program Kelas Tafaqquh Munakahat Siri 1 Tahun 2025 khusus untuk Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam (PNCR) serta Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam (PPNCR) bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan.

WhatsApp Image 2025 05 29 at 15.26.32

Program yang berlangsung pada 29 Mei 2025 bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara Kuala Lumpur, telah menghimpunkan seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada PNCR dan PPNCR dari seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan, termasuk penyertaan secara dalam talian.

WhatsApp Image 2025 05 29 at 15.26.33

Bagi siri pertama ini, pihak penganjur telah menjemput YBrs. Dr. Syed Shahridzan Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sebagai penceramah undangan. Beliau telah menyampaikan syarahan bertajuk “Perbahasan Talaq Menurut Mazhab Syafi‘e”, yang memberi penekanan kepada kefahaman mendalam berhubung isu-isu hukum talaq berdasarkan pandangan ulama Mazhab Syafi‘e.

WhatsApp Image 2025 05 29 at 15.26.35

Program ini diadakan bagi memperkukuh ilmu dan kefahaman para PNCR dan PPNCR terhadap hukum-hakam munakahat, di samping menyediakan ruang perbincangan secara langsung antara peserta dan penceramah. Para peserta juga berpeluang bertukar pandangan serta mengemukakan persoalan berkaitan topik yang dibincangkan.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Ia bukan sahaja membantu memperjelas sebarang kekeliruan berkaitan hukum munakahat, malah turut menjadi platform untuk menggalakkan pembelajaran berterusan dalam kalangan PNCR dan PPNCR. Ini seterusnya dapat meningkatkan kecekapan serta profesionalisme mereka dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

WhatsApp Image 2025 05 29 at 15.26.33 1

 

 

 

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

 

 

avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar