05:58
Subuh
07:35
Dhuha
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

ZIARAH DAKWAH MESRA KOMUNITI PROGRAM SANTAI BELIA -ANAK MUDA ASET UMMAH TAHUN 2025

497645967 1078054384138402 2697181705753889892 n

28 MEI 2025M | 30 ZULKAEDAH 1446H (RABU) - Bahagian Pengurusam Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Kolej Universiti Antarabangsa (UCMI) MAIWP telah menganjurkan Program Dakwah Mesra Komuniti bertemakan Santai Belia: Anak Muda Aset Ummah. Program dikhususkan kepada mahasiswa UCMI ini diadakan di Dewan Jabir Ibnu Hayyan UCMI. Matlamat program ini adalah untuk memperkasa kefahaman para belia berkaitan tuntutan agama, prinsip-prinsip moral dan etika Islam.

Program dimulakan dengan sesi forum bertajuk: "Memupuk Qawwam & Qana'ah" yang dikendalikan oleh Da'i Ahmad Fuad bin Mohamad Mokhtar selaku moderator, manakala ahli panel terdiri daripada PU Mohamad Amirul Amin Maula LokmanHakim dan Ustazah Asmak binti Husin. Slot yang lebih memfokuskan kepada motivasi dan kesedaran anak muda agar lebih bertanggungjawab sebagai mahasiswa, belia dan sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat serta aset negara juga pemimpin masa depan.
Para peserta kemudiannya didedahkan dengan situasi dan cabaran semasa yang berlaku dalam negara khususnya di isu-isu yang melanda para belia berpendidikan melalui perkongsian pada sesi kedua yang disampaikan oleh Supt. Mohamad Azrie bin Abdul Aziz, Cawangan Khas, Bukit Aman melalui topik: "Realiti Gejala Sosial Dalam Kalangan Pelajar IPT".

Majlis seterusnya diteruskan dengan perasmian penutup yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI. Majlis tutur dihadiri oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Nurul Aliah binti Mustafa, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP dan Ustazah Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

497469630 1078054457471728 2934641180399494159 n 497839064 1078054437471730 6957539397860468244 n
497981821 1078054514138389 633007135253307003 n 497645967 1078054384138402 2697181705753889892 n
497957527 1078054557471718 458075638397361845 n 496130662 1078054344138406 4184218847523820357 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 

avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar