| MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Kami berjanji akan berusaha untuk menjadikan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai sebuah institusi yang unggul dalam segenap aspek dengan mematuhi undang-undang dan arahan-arahan yang berkaitan dengan pentadbiran, kewangan dan integriti seperti berikut :-
- Tempat ibadah bersih & selamat
Menyediakan persekitaran masjid yang selesa dari aspek kebersihan dan tahap keselamatan yang tinggi untuk para jemaah.
- Program ilmu & pengimarahan
Merancang dan menyediakan program peningkatan ilmu serta pengimarahan masjid seperti kelas pengajian, forum Islam, ceramah agama, sambutan hari kebesaran Islam dan urusan rasmi Wilayah Persekutuan.
- Pengurusan kewangan yang cekap
Meningkatkan mutu pentadbiran dan pengurusan sumber kewangan daripada sumbangan awam yang dimasukkan ke Akaun Amanah Masjid.
- Pusat pelancongan & komuniti
Menjadikan Masjid Wilayah Persekutuan sebagai pusat pelancongan & komuniti setempat dengan menerima kehadiran para jemaah dan pelawat dengan mesra.
- Azan & jemaah teratur
Memastikan azan berkumandang tepat pada waktu, dengan imam & bilal sentiasa bersedia untuk menunaikan solat berjemaah serta berusaha menarik minat jemaah untuk solat di masjid.
- Kerjasama dengan agensi & NGO
Mewujudkan hubungan dua hala dengan mana-mana badan kerajaan, swasta dan NGO untuk melaksanakan program secara kolaboratif.
- Kemudahan & Fasiliti
Menyediakan kemudahan dan fasiliti yang baik untuk kegunaan masyarakat sekitar Masjid Wilayah Persekutuan.
|