Cawangan Rekod dan Maklumat bertanggungjawab mengendalikan rekod, maklumat serta fail-fail kes kesalahan jenayah syariah di Bahagian Penguatkuasaan.Tanggungjawab mengendalikan rekod dan maklumat tersebut melibatkan aktiviti pemeliharaan, penyimpanan, pemindahan dan pelupusan berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Arkib Negara.
FUNGSI
Menyediakan rekod maklumat (borang 5).
Mendaftarkan kes dengan dokumen yang lengkap ke dalam buku daftar kes.
Membuka fail siasatan.
Menyedia dan memantau sistem pangkalan data fail kes.
Menyediakan dan menyelaras statistik Kesalahan Jenayah Syariah tiga Wilayah (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).