Cawangan Rundingcara dan Pembangunan Keluarga Islam bertanggungjawab terhadap aduan serta penyelesaian masalah rumahtangga serta merancang dan melaksanakan aktiviti atau program pengukuhan institusi kekeluargaan.
Cawangan ini terbahagi kepada dua unit iaitu:-
Unit Rundingcara Keluarga
Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI)
Fungsi Cawangan
Memberi perkhidmatan rundingcara dan nasihat dalam menyelesaikan masalah kekeluargaan Islam.
Membantu menyelesaikan masalah kekeluargaan yang dihadapi oleh pasangan-pasangan yang berkahwin.
Mengadakan sesi rundingcara dan bimbingan kepada pengaduan kes masalah rumahtangga bagi aduan rasmi / kes-kes berdaftar.
Mengadakan sesi rundingcara dan bimbingan kepada pengaduan kes masalah rumahtangga bagi aduan secara hotline atau kes pandangan.
Menyediakan laporan kes rundingcara untuk di kemukakan ke Mahkamah Syariah.
Menjadi Urusetia kepada aktiviti yang dijalankan oleh Unit.
Pengendalian Jawatankuasa Pendamai yang dilantik oleh Mahkamah Syariah.