Logo
Maklumat Mengenai Logo:
Kod Logo
Sentiasa Dicontohi
Bentuk
Bentuk seperti kitab yang tidak berbucu bermaksud kebolehan JAWI untuk beradaptasi dengan zaman dan masyarakat. Adaptasi ini meliputi tiga kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Pendukung kepada adaptasi ini menerusi penerapan ilmu dan amalan Al-Quran dan Hadis yang menjadi petunjuk sepanjang zaman dan generasi. Tiga bentuk Kitab yang menadah ke atas simbolik doa dan tiga negeri. Lima bentuk bulat kecil simbolik masyarakat dan generasi terbilang dan ia mewakili kepada Rukun Islam.
Simbol
Corak – Melengkung yang meliputi logo simbolik kepada kuasa dan penguatkuasaan (Garis lengkung corak disatukan dengan symbol genggaman lima jari bermaksud keteguhan JAWI.
Anak Bintang Lima – Simbolik Rukun Islam dan kedudukan tertinggi Islam di Malaysia.
Warna
Kuning – Islam di bawah bidang kuasa Di Raja dan ketelusan pengurusan.
Biru Tua – Kematangan dan keteguhan organisasi JAWI.
Merah – Keberanian, Ketegasan dan Toleransi.
Putih – Keluhuran dan kesucian niat.
Cogan Kata
“JAWI” tulisan rumi berwarna merah bermaksud organisasi yang sentiasa berani, tegas dan dihormati.
“SENTIASA DICONTOHI” Kedudukan di tepi bucu sebagai keperluan menjaga akhlak dan pelengkap kepada keseluruhan Imam di samping JAWI bergerak sebagai organisasi ikutan dan sentiasa berada di hadapan bergerak bersama-sama organisasi yang lain.
“JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN” Kedudukan di dalam lembaran bermaksud kekuatan dan keteguhan JAWI sebagai organisasi Islam yang utama.