Piagam Pelanggan

Bahagian Pengurusan Dakwah

1
Pengeluaran Kad Akuan Masuk Islam Dalam 15 Minit
3
Mengesan Status Berdaftar Saudara Muslim Di Wilayah Perkhidmatan Dalam Masa 5 Minit
5
Urusan Pengislaman dan Pendaftaran Pengislaman Dilakukan Dalam Tempoh 1 Jam
2
Pengurusan Dakwah
4
Mengeluarkan Statistik Pengislaman Dalam Tempoh 5 Minit

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Komitmen kami adalah untuk memberi perkhidmatan yang cekap, cepat dan mesra dalam proses nikah, cerai dan ruju’ serta perkhidmatan rundingcara dan pembangunan keluarga dalam tempoh yang ditetapkan seperti berikut:

1
Kebenaran berkahwin akan dikeluarkan pada hari sama permohonan diterima.
3
Kad Perakuan Nikah akan dikeluarkan pada hari yang sama permohonan diterima.
5
Khidmat Nasihat Kekeluargaan (tanpa temujanji) akan diberikan dalam tempoh 1 jam selepas permohonan didaftarkan.
7
Sijil Kursus Praperkahwinan Islam akan dikeluarkan kepada syarikat pengendali kursus selepas 3 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
2
Surat Perakuan Nikah akan dikeluarkan selepas 14 hari bekerja daripada tarikh akad nikah.
4
Surat Perakuan Cerai dan Ruju’ akan dikeluarkan selepas 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan pendaftaran diterima.
6
Rundingcara Kekeluargaan (temujanji) akan diberikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.

Bahagian Penguatkuasaan

1
Bersedia menerima aduan kesalahan jenayah syariah 24 jam sehari
3
Menjalankan operasi ke atas kesalahan boleh tangkap dalam masa 24 jam selepas menerima aduan.
2
Membuat risikan ke atas aduan yang munasabah dalam masa 24 jam
4
Menjalankan siasatan bagi kesalahan jenayah syariah dalam tempoh yang munasabah

Bahagian Khidmat Pengurusan

Kami akan memastikan pengurusan pentadbiran, kewangan, sumber manusia, perhubungan awam, teknologi maklumat  dan perolehan yang lebih dinamik dan kompeten bagi memastikan operasi JAWI berjalan lancar:

1
Surat-surat hantar tangan yang diterima sebelum jam 9.00 pagi akan dihantar sebelum jam 12.45 tengahari, bagi surat-surat yang dihantar selepas jam 9.00 pagi akan dihantar pada jam 2.00 petang;
3
Dewan/Bilik Mesyuarat diselenggara dan sedia untuk digunakan sekurang-kurangnya satu (1) jam sebelum acara/mesyuarat dibuat;
5
Menyediakan Pesanan Tempatan dalam masa tujuh (7) hari selepas permohonan lengkap diterima;
7
Menguruskan pengesahan pelantikan dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh dokumen lengkap diterima;
9
Setiap aduan awam terhadap JAWI dijawab dalam tempoh lima (5) hari bekerja;
11
Bertindak dalam masa dua (2) jam bagi setiap aduan pelanggan yang diterima melalui talian Helpdesk ICT;
13
Semua Perolehan Pembelian Terus hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya 3 minggu selepas tarikh sebut harga dipelawa;
15
Semua Perolehan Tender hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya 6 bulan selepas tawaran dibuka.
2
Pengesahan tempahan kenderaan oleh pegawai/kakitangan Jabatan diberi dalam tempoh satu (1) hari sebelum perjalanan dibuat;
4
Bekalan pejabat yang dipohon dari stor jabatan dikeluarkan serta-merta selepas permohonan lengkap diterima;
6
Pembekalan secara pembelian terus diuruskan dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh permohonan diterima;
8
Menguruskan pengesahan dalam perkhidmatan dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh dokumen lengkap diterima;
10
Sistem aplikasi dapat beroperasi sekurang-kurangnya 95% setahun;
12
Pelayan aplikasi (application server) yang ditempatkan di Pusat Data JAWI dapat dicapai sekurang-kurangnya 95% setahun dan memastikan keselamatan Pusat Data sentiasa terjamin sepanjang masa.
14
Semua Perolehan Sebut Harga hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya 3 bulan selepas tawaran dibuka;