JAWI SANTUNI PESAKIT DI HOSPITAL ANGKATAN TENTERA TUANKU MIZAN (HATTM) MELALUI ZIARAH RAMAH (RAKAN MASJID HOSPITAL)

169511397 4045181465540668 1775677027075881296 n

08 APRIL 2021M | 25 SYAABAN 1442H (KHAMIS) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui anjuran bersama Bahagian Pengurusan Dakwah dan Bahagian Pengurusan Masjid telah berjaya melaksanakan Program Ziarah RAMAH bersempena Ambang Ramadan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM). Selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak hospital yang tidak membenarkan sebarang aktiviti lawatan/ ziarah pesakit daripada pihak luar, JAWI telah mengambil inisiatif melaksanakan program tanpa melibatkan pesakit. Serahan sumbangan dilaksanakan secara simbolik melalui wakil pengurusan hospital. Program ziarah RAMAH kali ini melibatkan 50 pesakit.

168026837 4045181168874031 4376527782920918387 n

168434217 4045181338874014 2455364403667036546 n


Tujuan utama pelaksanaan program adalah untuk menyantuni pesakit, berkongsi rezeki dan menyemarakkan kecintaan serta penghayatan kepada agama Islam bersempena Ambang Ramadan 1442h. Simbolik serahan sumbangan barang dan tunai telah disempurnakan oleh YB. Senator Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diiringi oleh YBhg. Datuk Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI kepada YBhg. Brig. Jen. Dato (Dr.) Muhammad Amiruddin bin Hamdan, Pegawai Memerintah, HATTM.

169295257 4045181642207317 325694246428547838 n

Semoga dengan kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini, umat Islam khusunya akan berlumba-lumba melakukan kebaikan terutamanya kepada mereka yang memerlukan bantuan dan sokongan.

170264205 4045181775540637 6853966181675988992 n


Cetak   Emel