PELANCARAN TABUNG IHYA' RAMADAN SEMPENA ROAD TO RAMADAN 1442H/2021M

169352995 4045490048843143 2469185453898887802 n

08 APRIL 2021M | 25 SYAABAN 1442H (KHAMIS) - Road To Ramadan 1442H/ 2021 Peringkat Masjid Khalid bin Al-Walid, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur telah dirasmikan pada hari ini 8 April 2021 (Khamis) oleh YBhg. Datuk Hj. Mohd Ajib bin Ismail; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Program dimulakan dengan sesi ceramah yang bertajuk ‘Ku Ketuk Pintu Ramadan 1442H’ yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Zahazan bin Mohamed; penceramah tersohor tanah air.

167989111 4045490522176429 3075534275079012864 n

Majlis anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Masjid Khalid bin Al-Walid, Kementerian Pertahanan ini dilangsungkan dengan mematuhi garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dalam majlis tersebut, YBhg. Datuk Pengarah JAWI turut melancarkan Tabung Ihya’ Ramadan 1442H Peringkat Masjid Khalid bin Al-Walid diikuti Penyerahan Watikah Perlantikan Ketua Amil dan Amil- Amil Masjid Khalid bin Al-Walid.

FotoJet 29

YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Hj Nawawi bin Daud; Ketua Pengarah KAGAT selaku Pengerusi Masjid Khalid Al-Walid turut hadir dan menyampaikan ucapan aluan dalam majlis berkenaan.Turut hadir adalah YBrs. Brigedier Jeneral Mohd Azmi bin Wahab; Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan KAGAT, YBrs. Kolonel Hj. Mat Sukri bin Hj Yunus; CEO Masjid Khalid bin Al-Walid, YBrs. Pn Siti Razmah binti Idris (KPPK) dan YBrs. Dr Zamir bin Bahall (KPP) Bhgn. Pengurusan Dakwah, JAWI.

168017267 4045490388843109 5679103626983813075 n

Program ini merupakan salah satu inisiatif mendekati agensi kerajaan bagi menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian sesuai dengan situasi pandemik Covid-19. Semoga objektif program ini tercapai sepertimana yang dirancang.

169895691 4045489705509844 602352672210628073 n


Disediakan oleh :
🎯 Unit Agensi
Bahagian Pengurusan Dakwah
📸 Kredit Jurufoto: Mohammad Irfan Amin Chang bin Abdullah