PENYAMPAIAN SUMBANGAN PRIHATIN DAN JAWI FOODBANK OLEH YBHG. DATUK PENGARAH JAWI SEMPENA PROGRAM DAURAH JAWI-PMWP-JAM’IYAH TAHUN 2021

160159231 3976661462392669 988579115804773483 n
 
PENYAMPAIAN SUMBANGAN PRIHATIN DAN JAWI FOODBANK OLEH YBHG. DATUK PENGARAH JAWI SEMPENA PROGRAM DAURAH JAWI-PMWP-JAM’IYAH TAHUN 2021
 
17 MAC 2021M | 3 SYAABAN 1442H (RABU) - Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam bersama-sama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) dan Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAMIYAH) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Prihatin dan JAWI FoodBank sempena Program Daurah JAWI-PMWP-JAM‘IYAH Tahun 2021 bertempat di Dewan Asnaf Darul JAM‘IYAH, Jalan Rahmat, Kuala Lumpur.
Penyampaian ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Pengarah JAWI kepada 60 orang penerima sumbangan yang terdiri daripada golongan fakir miskin dan muallaf yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Turut hadir pada program tersebut ialah YBrs. Puan Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, YBrs. Ustaz Che Khalek bin Abdullah, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid JAWI, YBrs. Ustaz Abdul Hakim bin Abdul Rasid, Pegawai Penyelidik Unit Buhuth, Bahagian Fatwa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP), YBrs.Tuan Haji Zakariah bin Isa, Yang Dipertua JAM’IYAH dan YBrs. Dr. Haji Ann Wan Seng, Setiausaha Agung JAM’IYAH.
Program ini bermula dengan sesi Daurah bersempena Peristiwa Israk Mikraj yang disampaikan oleh YBrs. Ustaz Ahmad Faiz bin Mohd Khalil, Mudir Akademi Pemikiran Turath melalui FB Live. Pihak JAWI sentiasa terbuka menjalinkan kerjasama berterusan bersama agensi dan NGO bagi mempertingkatkan kerjasama strategik yang lebih menyeluruh pada masa hadapan.
 
FotoJet 23
FotoJet 22

Cetak   Emel