JAIP TERIMA BANTUAN 5000 KAMPIT BERAS DARIPADA JAWI FOOD BANK & MASJID-MASJID DI WILAYAH PERSEKUTUAN

 
137574742 3817609574967385 8397273246774146780 n
JAIP TERIMA BANTUAN 5000 KAMPIT BERAS DARIPADA JAWI FOOD BANK & MASJID-MASJID DI WILAYAH PERSEKUTUAN UNTUK MANGSA BANJIR DI SEKITAR NEGERI PAHANG
15 JANUARI 2020 - JAIP menerima kehadiran 2 buah lori 10 tan yang membawa 5000 bungkusan beras (5 kg) di perkarangan Sekolah Menengah Agama (SMA) al-Khairiah Temerloh sekitar jam 3:30 petang. Majlis simbolik penerimaan bantuan diadakan secara ringkas di Dewan Dato' Mohd Ghazali, SMA al-Khairiah oleh Tuan Haji Zakaria Haji Mohamed, Timbalan Pengarah selaku wakil Pengarah JAIP. Sumbangkan bantuan daripada JAWI Food Bank & Masjid-Masjid di Wilayah Persekutuan adalah untuk mangsa banjir di sekitar negeri Pahang. Turut hadir dalam majlis tersebut al- Fadhil Qadhi Daerah Temerloh, Maran, Chenor dan Jengka bersama kakitangan yang turut membantu menurunkan barangan bantuan tersebut.
138307703 3817609111634098 4756250150531170972 n
 
137299288 3817609331634076 7627412141075926602 n 137610141 3817610128300663 524925914492564321 n
Dengan keprihatinan pihak JAWI Food Bank dan Masjid-Masjid di Wilayah Persekutuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kepada mangsa banjir di negeri Pahang. Sekalung Penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pengarah JAKIM, YBrs. Us. Hj. Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI, JAWI Food Bank serta Masjid-Masjid di Wilayah Persekutuan serta para penyumbang bantuan. Keprihatinan anda amat kami hargai.
138360673 3817609701634039 6859003378513130723 n

Cetak   Emel