MUALAF JAWI TERIMA SUMBANGAN YAPEIM

150189003 3898750683517081 5895702644599027646 n
 
MUALAF JAWI TERIMA SUMBANGAN YAPEIM
17 FEB 2021 - Telah berlangsung dengan jayanya penyerahan simbolik sumbangan YaPEIM kepada Mualaf Peringkat Wilayah Persekutuan. Program dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) telah diadakan di Masjid Asssyafie, Taman Maluri , Kuala Lumpur.
Upacara telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diiringi YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI, Puan Parihah binti Hassan Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM dan Encik Talmizi bin Yahaya, Pengurus Baitulmal MAIWP. Seramai 100 orang mualaf selian JAWI menerima sumbangan wang bernilai RM500 daripada MAIWP dan barangan keperluan asas daripada YaPEIM.
 
FotoJet 12
Sekalung ucapan terima kasih di atas pemberian sumbangan tersebut yang amat bermanfaat dalam mengharungi kehidupan ketika negara dilanda pandemik COVID 19 ini. Semoga menjadi inspirasi kepada semua untuk sama sama berganding bahu dalam misi dakwah ini. Sesungguhnya kasih sayang sesama umat dan saling bantu membantu akan membawa kebaikan kepada semua.
Semoga ziarah ini dapat memperkukuhkan jalinan ukhuwah islamiah antara kita semua. Sumbangan tunai dan barangan keperluan harian telah diserahkan dengan harapan sumbangan tersebut dapat mengurangkan beban yang dipikul serta menceriakan ahli keluarga semua. Doakan kami dapat menunaikan taklifan Ziarah Ramah Muallaf 2021.
 
FotoJet 13
Disediakan oleh,
Unit Kebajikan CKSB,BPD JAWI