05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

2 KELUARGA MUALAF DISANTUNI MELALUI PROGRAM ZIARAH RAHMAH SAUDARA BARU 2020

131508655 3733875256671292 1078558442202906466 n
 
2 KELUARGA MUALAF DISANTUNI MELALUI PROGRAM ZIARAH RAHMAH SAUDARA BARU 2020
16 DIS 2020M | 01 JAMADILAWWAL 1442H (RABU) - Alhamdulillah.Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Ziarah Rahmah Saudara Baru 2020 bagi menyantuni keluarga mualaf yang memerlukan bantuan keperluan harian dan sokongan kewangan berikutan terkesan dengan Pandemic Covid 19. Kali ini, hanya 2 unit kediaman telah diziarahi. Wakil dari BPD JAWI,Ustaz Abuzar Bin Zainudin, Ustazah Nor Aishah Binti Ahmad dan Ustaz Muhamad Shaza bin Sulaiman telah menziarahi Puan Siti Aisyah bt Abdullah dan Puan Nurul Janah Toluntino binti Abdullah di PPR Gombak Setia.
 
131300105 3733875110004640 8472165562656544557 n
Hasil sesi ziarah mendapati, Puan Siti Aisyah seorang muallaf ibu tunggal yang diberikan ujian kesihatan yang amat memerlukan kepada pemeriksaan doktor secara berkala. Beliau menghidapi penyakit jantung dan pergerakan amat terbatas kerana ketidakmampuan kesihatan. Masih menjaga 3 orang anak beliau dan dua dari anak beliau telah memeluk agama Islam.
 
131031827 3733875516671266 8134896731819474551 n
Ziarah kedua, wakil BPD JAWI telah bertemu dengan Puan Nurul Janah Toluntino binti Abdullah. Beliau merupakan seorang suri rumah dan tidak bekerja dan menjaga 3 org anak kecil dan seorang suami yang menghidapi penyakit Kanser Paru-Paru.
 
131133144 3733874956671322 7521635200642131007 n
Cawangan Kebajikan Saudara Baru membawa sumbangan tunai dan barangan keperluan harian dan diserahkan kepada kedua-dua keluarga tersebut.Semoga dengan sedikit sumbangan tersebut dapat mengurangkan beban yang dipikul.
Disediakan oleh,
Unit Kebajikan CKSB

Cetak   Emel