05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

5 KELUARGA MUALAF DISANTUNI MENERUSI PROGRAM ZIARAH RAHMAH SAUDARA BARU 2020

129644247 3713573435368141 8829879165500447512 o
 
5 KELUARGA MUALAF DISANTUNI MENERUSI PROGRAM ZIARAH RAHMAH SAUDARA BARU 2020
 
08 DIS 2020M | 22 RABIULAKHIR 1442H - Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Ziarah Rahmah Saudara Baru 2020 bagi menyantuni keluarga mualaf yang memerlukan bantuan keperluan harian dan sokongan kewangan berikutan terkesan dengan Pandemic Covid 19. Berdasarkan aduan dan penilitian, cawangan ini yang terdiri daripada Ustazah Abuzar Bin Zainudin, Ustazah Nor Aishah Binti Ahmad dan Ustazah Siti Hajar Binti Alias telah menziarahi lima buah keluarga mualaf berdasarkan alamat tersebut.
FotoJet 3
Hasil sesi ziarah mendapati, mualaf pertama, Puan Siti Humairah Sinta@Shinta merupakan ibu tunggal yang tinggal bersendirian. Mualaf kedua, Puan Khairul Bariah juga tinggal bersendirian . Manakala mualaf ke-3 iaitu En.Mustafah bin Abdullah merupakan salah seorang OKU. Beliau tidak mempunyai kerja hakiki. Muallaf ke-4, Pn.Humairah Clorina Binti Jeloson merupakan seorang suri rumah memounyai 3 orang anak kecil. Suami beliau telah diberhentikan kerja disebabkan pandemik covid 19. Muallaf ke-5, Puan Zahrah Devi Binti Abdullah tinggal bersendirian dan bekerja sebagai petugas kebersihan di salah sebuah sekolah di sekitar rumah beliau.
FotoJet 4
Cawangan Kebajikan Saudara Baru membawa sumbangan tunai dan barangan keperluan harian untuk diserahkan kepada seluruh keluarga mualaf tersebut. Semoga dengan sedikit sumbangan tersebut dapat mengurangkan beban yang dipikul.
Disediakan oleh,
Unit Kebajikan CKSB

Cetak   Emel