05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

3 BUAH KELUARGA MUALAF DISANTUNI MENERUSI PROGRAM ZIARAH RAHMAH SAUDARA BARU 2020

129426318 3702521356473349 5767038390150271317 o

3 BUAH KELUARGA MUALAF DISANTUNI MENERUSI PROGRAM ZIARAH RAHMAH SAUDARA BARU 2020
04 DIS 2020 (JUMAAT) - Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Ziarah Rahmah Saudara Baru 2020 bagi menyantuni keluarga mualaf yang memerlukan bantuan keperluan harian dan sokongan kewangan berikutan terkesan dengan Pandemic Covid 19.
Berdasarkan aduan yang diterima, Cawangan ini yang terdiri daripada Ustazah Noor Azlina bt Mohd Azim @ Ejim, Ustazah Nor Aishah Binti Ahmad dan Ustaz Muhammad Amirul bin Karullzaman menziarahi tiga buah keluarga mualaf tersebut.
 
128804023 3702521383140013 6605356460077585292 o
Hasil sesi ziarah mualaf yang pertama iaitu Encik Mohd Ridzuan @ Wilson bin Abdullah telah diberhentikan kerja akibat Pandemic Covid 19. Selain menanggung isteri dan anak-anak, beliau juga menjaga ibu mertua yang sakit dan kini mendapatkan rawatan di HUKM. Mualaf yang kedua iaitu Puan Nur Falisha Faley binti Leonard Song. Beliau merupakan bekas pelajar Kelas Pengajian Saudara Baru Kompleks Darul Hidayah. Semasa kunjungan, beliau sedang mengikuti kelas online dan sumbangan disampaikan melalui suami beliau. Manakala mualaf ketiga iaitu Puan Shamsiah binti Abdullah, beliau juga tidak bekerja dan menumpang tinggal bersama adik beliau di alamat tersebut kerana tiada sumber pendapatan untuk membayar rumah sewa yang didiami sebelum ini.
 
128552886 3702521373140014 1568521867905891275 o
Cawangan Kebajikan Saudara Baru membawa sumbangan barangan keperluan harian untuk diserahkan kepada keluarga mualaf tersebut. Semoga dengan sedikit sumbangan tersebut dapat mengurangkan beban yang dipikul.
Disediakan oleh,
Unit Kebajikan CKSB

 


Cetak   Emel