PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS INDIVIDU SEMPENA MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2020

Anugerah Khas Individu 3

PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS INDIVIDU SEMPENA MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2020

30 November 2020 14 Rabiulakhir 1442H - Encik Jamian bin Ngadi telah dipilih utk menerima Anugerah Khas Individu Sempena Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Tahun 2020.
 
Beliau merupakan seorang penggali kubur dan telah berkhidmat selama 40 tahun dalam menyempurnakan fardhu kifayah masyarakat Islam di kariahnya. Beliau juga merupakan Penasihat Pasar Tani(FAMA) Wilayah Persekutuan Labuan dan juga Imam Mukim bagi kariah Lubuk Temiang Labuan.
 
Penyerahan surat tahniah dan penghargaan kepada beliau telah disempurnakan oleh YBrs Puan Sharidah binti Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan Labuan.
 
Penyampaian surat tahniah dan penghargaan ini dilaksanakan sebagai mengambil inisiatif dalam norma baharu setelah Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Tahun 2020 dibatalkan pada tahun ini bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Labuan sehingga 6 Disember 2020.
 
Anugerah Khas Individu 2
 
Turut hadir dalam penyampaian ini ialah Ustazah Rina Ardiani binti Rahmadji, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Dakwah, Ustaz Mohd Shariffudin bin Sharom dan Ustaz D. Mohd Shamsul bin D.Anggeris, Pembantu Hal Ehwal Islam JAWI Cawangan Labuan.

Cetak   Emel