JAWI SANTUNI PESAKIT HCTM MELALUI PROGRAM ZIARAH RAMAH (RAKAN MASJID HOSPITAL) BERSEMPENA MAULIDUR RASUL 1442H

YBhg. Dato' Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz, Setiausaha Politik kepada YB Menteri (Hal Ehwal Agama) menyampaikan simbolik serahan sumbangan tunai dan barangan kepada 50 orang pesakit dari Wad Burn Care Unit dan Wad Surgeri sempena Program Ziarah Rakan Masjid Hospital (RAMAH) Bersempena Maulidul Rasul di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
Selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak hospital yang tidak membenarkan sebarang aktiviti lawatan/ ziarah pesakit daripada pihak luar, JAWI telah mengambil inisiatif melaksanakan program tanpa melibatkan pesakit. Serahan sumbangan kepada pesakit dilaksanakan secara simbolik melalui wakil pengurusan hospital/ wad bersama pihak JAWI sahaja.
JAWI melalui anjuran bersama Bahagian Pengurusan Dakwah dan Bahagian Pengurusan Masjid (Zon 4) melaksanakan program ini adalah bertujuan untuk menyantuni pesakit dan berkongsi rezeki serta menzahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW bersempena Hari Maulidul Rasul yang disambut pada 12 Rabiulawal setiap tahun.
Disediakan oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah