MAJLIS AGIHAN SUMBANGAN JAWI FOODBANK KEPADA PELAJAR KELAS PENGAJIAN MUALAF JAWI YANG TERKESAN AKIBAT PANDEMIC COVID 19

 
14 NOV 2020M|28 RABIUL AWAL 1442H (SABTU) - Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah menerima aduan dan rintihan segelintir pelajar Kelas Pengajian Mualaf yang terkesan dengan Pandemic Covid 19. Mereka memerlukan bantuan bekalan makanan. Justeru, aduan yang diterima dipanjangkan kepada JAWI FOODBANK untuk menyantuni mereka yg terkesan.
Pada hari ini, JAWI FOODBANK dengan kerjasama CKSB BPD telah melaksanakan Majlis Agihan Sumbangan JAWI FOODBANK yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. Sebanyak 20 kit sumbangan disediakan untuk 20 orang penerima bantuan sumbangan barangan keperluan yang terdiri daripada beras, minyak, kicap, tepung, maggi, biskut, sardin dan susu pekat. Semoga sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang dipikul.
Disediakan oleh,
Unit Kebajikan CKSB

Cetak   Emel