PENYAMPAIAN PLAK PENERIMA ANUGERAH SEMPENA MAJLIS MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

03 November 2020M|17 Rabiulawal 1442H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menyampaikan plak kepada penerima Anugerah Sempena Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan.
Penyampaian plak ini dilaksanakan sebagai mengambil inisiatif dalam norma baharu setelah Majlis Sambutan Maulidur Rasul dibatalkan pada tahun ini bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.
Penyampaian dimulai di kediaman penerima Anugerah Utama iaitu Almarhum Dato' Haji Paimuzi bin Yahya di Lorong Kenanga Kuang Selangor. Ketibaan wakil JAWI disambut oleh isteri Almarhum, YBhg. Datin Hajah Marzilah binti Abdul Malek.
Seterusnya penyampaian kepada penerima Anugerah Khas Individu, Encik Hamidi bin Din di Taman Tasik Permaisuri Cheras, dan diteruskan dengan penyampaian kepada penerima Anugerah Khas Organisasi iaitu Sekolah Rendah Agama al-Ghazali Bandar Manjalara Kepong.
Penyampaian plak telah disempurnakan oleh Tuan Hanifuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah Operasi JAWI bagi mewakili Pengarah JAWI, YBrs Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail.Turut hadir Puan Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dan Puan Nurlaily binti Kamarudian, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.
Disediakan oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah

Cetak   Emel