05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Pelapis Hakim Majlis Tilawah Dan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan 2015

 

 bh1

 

Pada 4 hingga 6 September 2015, Bengkel Pelapis Hakim Majlis Tilawah al-Quran dan Majlis Menghafaz al-Quran peringkat Wilayah Persekutuan 2015 telah diadakan di Hotel Bayview , Melaka. Bengkel ini melibatkan 26 peserta yang terdiri daripada kakitangan JAWI/ JAKIM, guru Sekolah Rendah Agama dan beberapa guru sekolah tahfiz yang dipilih sekitar Wilayah Persekutuan.  Sebahagian peserta merupakan hakim Tilawah dan Hafazan al-Quran di pelbagai peringkat, manakala sebahagian yang lain merupakan qari dan individu  yang berpotensi untuk menjadi hakim.

Bengkel yang julung-julung kalinya diadakan ini mempunyai matlamat untuk melahirkan  hakim yang berkualiti sama ada di peringkat sekolah, zon atau jabatan/agensi lain. Sejajar dengan pelaksanaan  Majlis Tilawah dan Hafazan yang kini  bukan sahaja dijalankan oleh JAWI sahaja, tetapi turut dijalankan di jabatan / agensi lain seperti Kementerian Kesihatan, Tenaga Nasional Berhad dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Selain itu, bengkel ini diharap dapat memberi pendedahan kepada para hakim tentang format dan kaedah penghakiman bagi Majlis Tilawah Al-Quran dan Majlis Menghafaz al-Quran yang merupakan program rasmi tahunan jabatan. Tiga orang penceramah dijemput untuk pengisian sepanjang bengkel ini iaitu, Alfadhil Ustaz Hasim bin Harun dengan tajuk "Format Penghakiman dan Kredibiliti Hakim" diikuti dengan  Alfadhil Ustaz Nik Azizan bin Dato' Nik Jaafar dengan tajuknya "Penghakiman Suara dan Taranum". Manakala Alfadhil Ustaz Dr Muhammad Lukman bin Ibrahim membawa tajuk "Penghakiman Tajwid dan Fasohah". Di samping ceramah, para peserta turut didedahkan dengan simulasi penghakiman bagi melihat sejauhmana penghakiman yang diberikan mengikut standard yang ditetapkan.

Majlis penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh Y.Brs Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI selain ucapan aluan oleh Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli selaku Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah dan wakil peserta Alfadhil Ustaz Hassan Alfadhli Abdul Rahman dan upacara penyampaian sijil. Majlis turut diserikan dengan persembahan Qasidah dengan diiringi alunan gambus oleh para peserta. Diharapkan bengkel seumpama ini dapat dijalankan pada masa akan datang bukan sahaja kepada para pelapis hakim tetapi kepada para peserta Majlis Tilawah dan Hafazan juga. Ini penting kerana penghakiman yang baik akan mempengaruhi kualiti peserta agar dapat dibawa ke peringkat yang lebih tinggi ke arah mendaulatkan al-Quran dan syiar Islam.

bh4 bh6
bh7 bh8
bh5 bh9


Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah, 
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel