Kursus Kecemerlangan Diri dan Organisasi Pegawai Masjid

Kursus Kecemerlangan Diri dan Organisasi Pegawai Masjid

 
alt
 

24 – 26 September 2013 (Selasa hingga Khamis) – Bahagian Pengurusan Kariah dengan kerjasama Seksyen Pembangunan Sumber Manusia (Latihan), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kursus Kecemerlangan Diri dan Organisasi Pegawai Masjid bertempat di Kem El-Azzhar, Morib, Banting, Selangor Darul Ehsan.
Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 32 orang pegawai masjid yang terdiri dari Ketua Imam dan Pegawai Penyelaras Masjid Zon. Perasmian kursus telah disempurnakan oleh Tuan Ibrahim bin Deris, Pemangku Pengarah JAWI. Turut hadir bersama beliau ialah Tuan Haji Mohd Basori Bin Haji Umar, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Kariah dan Puan Halimatussaadiah binti Ramli @ Shah, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pengurusan Sumber Manusia.
 
Objektif utama kursus ini diadakan ialah untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan organisasi. Antara modul yang dilaksanakan adalah seperti  Leader Puzzle, Leader Touch, Leader Challenge, Leader Warrior dan Leader Synergy. Pengisian modul tersebut memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kemahiran komunikasi sebagai seorang pemimpin, pengurusan organisasi, mengenali personaliti, cabaran-cabaran di dalam organisasi dan aktiviti fizikal seperti paintball, high ropes, kayak, flying fox serta mengisa.
 
alt alt
alt alt
alt alt

Foto & Teks Oleh:
Cawangan Khutbah & Latihan
Bahagian Pengurusan Kariah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan