05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

WACANA ISU SEMASA: PRIHATIN MESIR
 

alt
 

10 September 2013M/ 4 Zulkaedah 1434H (Selasa) -

Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) telah menganjurkan Program Wacana Isu Semasa: Prihatin Mesir bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Program bertemakan Prihatin Mesir ini dihadiri lebih 400 peserta yang terdiri daripada kakitangan awam, swasta, badan berkanun, NGO, IPT dan orang awam. Program yang bermula dengan tayangan video berkenaan Mesir dan seterusnya Majlis Perasmian yang dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ustaz Anwar Arif Ramli selaku Presiden ILMAM dan ucaptama dan perasmian oleh Y.Bhg Ustaz  Mohd Basori B Umar, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) Bahagian Kariah JAWI dan juga pemangku Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Turut hadir Y.Bhg Ustazah Azizah Bt Che Hassan, KPPK Bahagian Dakwah JAWI dan Ustaz Zainal Abidin Sulaiman, KPP Bahagian Penyelidikan JAWI. 

Forum khas Prihatin Mesir membariskan penceramah terkenal tanahair sebagai panel iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre, Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi dan Ustaz Mohd Faisal Ashaari (Pusat Islam, UKM) manakala moderatornya adalah Ustaz Hj Syafiq Zulakifl dari IKIM. Forum hampir dua jam ini membincangkan berkenaan pergolakan dan punca sebenar krisis di Mesir. Bukan sekadar pencerahan, kesemua panelis yang juga bekas graduan mahasiswa Mesir ini telah berjaya menjentik kesedaran kepada penonton akan peranan sebenar yang perlu dimainkan dan kesatuan yang perlu digemblengkan walau kita jauh berlainan benua, bukan sekadar melihat dan simpati semata-mata. Maklumbalas positif dari penonton jelas kelihatan melalui soalan dan pandangan di akhir forum tersebut berlangsung.

Penonton seterusnya turut dipukau dengan alunan zikir, selawat, tazkirah dan lagu Damai Yang Hilang oleh Ustaz Idzhar Jumali dari kumpulan nasyid Nowseeheart. Menutup tirai program, deklamasi sajak dan perkongsian pengalaman artis Heliza Helmi turut berjaya meruntun emosi setiap hadirin. Tabung Prihatin Mesir yang dilancarkan pada program tersebut berjaya mengutip sebanyak RM2,930.00 dan akan diserahkan kepada wakil ILMAM di Mesir untuk membantu meringankan beban mereka yang memerlukan. Diharapkan program sebegini dapat menyuntik semangat kita untuk sentiasa peka dan cakna terhadap isu-isu semasa amnya dan permasalah umat  Islam sejagat khasnya lantas menzahirkan ruhul jamaie (semangat jemaah) kita dengan menghulurkan bantuan dengan apa cara sekalipun khususnya doa dan kewangan atas nama satu agama, satu akidah yakni ISLAM. 
 

alt alt
alt alt
alt alt
alt alt

Foto & Teks oleh:
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)