Program Ijtima’ Guru-Guru Takmir dan Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD)
Wilayah Persekutuan Tahun 2013 Majlis ini merupakan program tahunan Bahagian Pengurusan Kariah, JAWI yang diadakan bagi mengumpul semua guru-guru takmir di Wilayah Persekutuan. Selain dari menyatukan semua guru-guru takmir yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan didalam satu wadah pertemuan, mereka juga dihidangkan dengan pengisian ceramah isu-isu semasa. Pada kali ini, pihak urusetia telah menarik perhatian peserta dengan pembentangan isu-isu semasa akidah yang berlaku di Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri berdekatan pembentangan tersebut disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Abd. Fatah bin Yusof dari Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Majlis perasmian program ini telah telah dirasmikan oleh Y.Bhg Ustaz Mohd Ajib bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kemajuan Islam, BKI, JAKIM yang mewakili Puan Hajjah Ramlah Yong, Pengarah Bahagian Kemajuan Islam JAKIM. Foto dan teks oleh: Cawangan Pengimarahan & Takmir Bahagian Pengurusan Kariah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan |
Jumlah paparan: 4955