05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Semakin Hari Semakin Sayang
alt
 
2 Julai 2013 (Selasa) – Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI), Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian dan Rumah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Seminar Semakin Hari Semakin Sayang bertempat di Dewan Serbaguna, Rumah Persekutuan.
 
Objektif seminar ini diadakan bagi membantu ahli keluarga dan masyarakat dengan maklumat yang lengkap bagi menyelesaikan masalah dalam kekeluargaan dengan cara yang terbaik di samping mewujudkan ahli keluarga yang berbudi pekerti, penyayang dan bertoleransi dalam kalangan anggota keluarga. Selain itu, untuk membina dan memantapkan sebuah keluarga yang bahagia bagi melahirkan masyarakat penyayang dan bersatu padu. Seterusnya mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan menerusi slogan ‘Rumahku Syurgaku’.
 
Terdapat tiga slot ceramah sepanjang seminar ini berlangsung iaitu ‘Ceramah1 : Perkhidmatan Rundingcara Di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan’ disampaikan oleh YBhg. Ustaz Mohamad Rais Bin Rasid (Ketua Penolong Pengarah BPPK, JAWI). ‘Ceramah2 : Membentuk Keluarga Bahagia’ oleh Suami kepada YBhg. Ustazah Zawiah Binti Hassan (Pendakwah Bebas) dan ‘Ceramah3 : Cara Mengatasi Masalah Suami Degil, Isteri Garang dan Anak Cerewet’ disampaikan YBhg. Ustaz Zainal Abidin Bin Haji Sulaiman (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan JAWI).
 
Majlis penutup telah dirasmikan oleh, YBhg. Ustazah Kamariah Binti Abdullah (Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK, JAWI).

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria