05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM CINTA ILMU BERSAMA DR. ZULKIFLI AL-BAKRI TERBITAN TV AL HIJRAH
 
alt

Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI bersama 25 orang pelajar Kelas Pengajian Saudara Muslim telah menyertai program siaran langsung “Cinta Ilmu” yang diadakan di studio Al Hijrah, Kompleks Pusat Islam. Program ini merupakan sebuah rancangan kuliah interaktif yang menampilkan 4 orang ilmuan agama yang tersohor di Malaysia seperti Syeikh Nuruddin Al-Banjari, Dr. Zulkifli Al-Bakri, Dr. Farid Shahran dan Profesor Dr. Sharifah Hayaati. Maudhu’ perbincangan adalah merangkumi skop ilmu Fiqh, Aqidah dan Tasawwuf harian yang disiarkan secara langsung pada jam 6.10 petang hingga jam 7.00 petang menerusi saluran TV Al Hijrah.
 
Untuk makluman siaran program pada 19 Mei 2013 (Ahad) ini membawa kepada perbahasan tentang tajuk ‘Tawakkal’ menerusi Kitab Syarah al Hikam oleh panel jemputan iaitu YBhg. Dr Zulkifli Al Bakri. Program yang bersiaran hampir satu jam itu dapat menambah input yang bermanfaat kepada saudara muslim berdasarkan topik perbincangan, di samping memberi pendedahan serta pengalaman baru kepada mereka tentang bagaimana pengoperasian program di sesebuah stesen TV.

alt alt
alt alt

Foto & Teks oleh:
Cawangan Kebajikan Saudara Baru
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)