Kursus Peningkatan Profesionalisme Bilal Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan
Di antara objektif kursus ini ialah untuk mempertingkatkan ilmu dan kefahaman para peserta berkaitan hukum azan dan iqamah, meningkatkan mutu alunan dan sebutan azan serta memahami tugas dan tanggungjawab tugas sebagai Bilal. Penceramah kursus tersebut ialah YBhg. Dato’ Haroman bin Yaacob, bekas Bilal Masjid Negara dan YBhg. Dr. Zulkifli Bin Muhammad al-Bakri. Pada hari kedua, para peserta telah diberi latihan azan dan iqamah secara praktikal yang dikendalikan oleh lima orang fasilitator. Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Fishal Bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Kariah yang mewakili Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Kariah. Foto dan teks oleh: Bahagian Pengurusan Kariah |
Jumlah paparan: 5997