Kursus Peningkatan Kerjaya Pendaftar Dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Ruju' Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan Bil.1/2013
Kursus dimulakan dengan Taklimat penyelarasan program yang disampaikan oleh YBhg. Hajjah Kamariah Binti Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI. Terdapat tiga slot ceramah pada hari pertama iaitu Ceramah 1 : ‘Rukun Nikah’ dan Ceramah 2 : ‘Talaq’ telah disampaikan oleh Y. A. Saharuddin Bin Selamat, Mahkamah Rendah Syariah, Petaling Jaya dan Ceramah 3 : ‘Anak Tak Sah Taraf dari Aspek Perundangan’ oleh Tuan Abas Bin Nordin, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) serta satu slot ceramah pada hari ke dua iaitu Ceramah 4 : ‘Akta 303’ disampaikan oleh YBhg. Tuan Ibrahim Bin Deris, Ketua Pendakwa Syarie, Bahagian Pendakwaan JAWI. Seramai 117 orang peserta telah menyertai kursus ini bagi mempertingkatkan kemahiran komunikasi di kalangan Penolong Pendaftar Nikah Cerai Dan Ruju’ Wilayah Persekutuan. Selain itu, kursus ini juga dijalankan untuk meningkatkan imej Penolong Pendaftar Nikah Cerai Dan Ruju’ Wilayah Persekutuan serta mempertingkat ilmu dikalangan Penolong Pendaftar Nikah Cerai Dan Ruju’ Wilayah Persekutuan. Majlis Penutup kursus turut dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Ibrahim Bin Deris, Pemangku Timbalan Pengarah (Pengurusan) merangkap Ketua Pendakwa Syarie. Turut hadir, YBhg. Ustaz Mohamad Kori Bin Jusoh, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Nikah Cerai Dan Rujuk BPPK JAWI. Foto dan teks oleh: Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria |
Jumlah paparan: 4680