Kunjungan Pegawai-Pegawai Kanan JAWI Ke Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIWP
Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh YBhg. Tuan Haji Zainal Abidin Bin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan ucapan balas oleh YBhg. Tuan Ibrahim Bin Deris, Pemangku Timbalan Pengarah Operasi, JAWI merangkap Ketua Pendakwa Syarie. Seterusnya, laporan aktiviti atau program yang dijalankan di JAWI telah disampaikan oleh ketua atau wakil bahagian-bahagian di JAWI. Perbincangan difokuskan kepada peruntukan kewangan yang disalurkan oleh MAIWP untuk menjalankan program dan aktiviti Jabatan. Semoga dengan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim serta mempertingkatkan lagi hubungan kerja dua hala diantara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Foto oleh: Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria Teks oleh: Bahagian Penyelidikan Urus Setia Kunjungan Hormat. |
Jumlah paparan: 7886