05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Konsert Santai Berhibur Bersama Remaja
 
 
alt

Konsert Santai Berhibur Bersama Remaja (KSBBR) adalah salah satu Program Gerakan Tumpuan (PGT-Sentul) anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bersama  Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dengan kerjasama Nasyid.com.  Program KSBBR telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Y.Bhg Dato’Adnan bin Hj Ikhsan  pada malam 8 Jun 2013 bertempat di Dataran PPR Intan Baiduri. Turut hadir Pengarah Jabatan Komuniti  dan  Perumahan DBKL, Pengerusi PPR Intan Baiduri dan Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, JAWI.

Dalam ucapan beliau, Y.Bhg Dato' Adnan mengucapkan seinggi-tinggi terima kasih di atas komitmen JAWI, Persatuan Penduduk Intan Baiduri, DBKL dan NGO yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Antara objektif program adalah menarik minat masyarakat kepada progam agama, memberi kefahaman kepada masyarakat berkaitan ‘Indahnya sebuah kehidupan berlandaskan syariat” dan membuka jambatan perhubungan antara agensi agama dan masyarakat awam.

Antara artis dan kumpulan artis yang mengambil bahagian pada program tersebut adalah, Al-Farabi Band, Kumpulan Mestica, Dakmie dan program keseluruhannya dihoskan oleh Jeff Hazimi Jaafar dan Imam Muda Hizbur. 

Program kendalian Nasyid.com ini bermula dengan solat Maghrib berjemaah, kuliah Maghrib disampaikan oleh Imam Muda Miril, Solat Isyak berjemaah, doa dan zikir. Program kemudiannya dimulakan dengan persembahan dari Al-Farabi Band, yang menampilkan kelainan yang tersendiri serta berjaya menghiburkan hampir 500 penduduk yang hadir dan tidak pernah menyaksikan program seumpama ini dijalankan.

Diharapkan masyarakat sekitar PPR Intan Baiduri khasnya remaja dan masyarakat awam amnya mendapat mesej  yang jelas dari program ini. Hiburan diharuskan dalam Islam namun pelaksanaannya perlu berlandaskan syariat, tiada unsur hedonisme, percampuran lelaki dan wanita harus mengikut batas yang ditetapkan dan tidak ada unsur-unsur maksiat yang lain seperti minuman yang memabukkan dan merosakkan (arak dan dadah).  

alt alt
alt alt
alt alt


Foto & Teks Oleh:
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)