05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kempen Sihat Jauhi Zina Siri 1/2013

alt
 
 
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Kempen Sihat Jauhi Zina Siri 1/201 bertempat di PPR Taman Wahyu II, Sentul pada 25 Mei 2013 (Sabtu).  Program bersempena Program Gerakan Tumpuan (PGT) anjuran bersama Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar (KPWKB) ini telah dihadiri hampir 1000 peserta yang terdiri daripada remaja dan ibubapa PPR Taman Wahyu II. Kempen ini telah dirasmikan oleh En. Abdul Basit selaku wakil kepada Ketua Setiausaha Negara (KPWKB).
 
Program yang dikendalikan sepenuhnya oleh Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy ini bertujuan menerapkan cara hidup, kefahaman dan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat. Ia merangkumi konsep kehidupan yang seimbang melalui aspek pengukuhan fizikal, intelektual, emosional, spirituil, dan nilai serta falsafah kehidupan berkaitan dengan amalan yang dilaksanakan sebagai insan terpilih di muka bumi dan jauh daripada perkara-perkara zina. Tujuan lain adalah supaya para peserta:
• Mampu memahami maksud zina secara holistik
• Sihat dan jauh dari penyakit fizikal, emosi dan spirituil.
• Menjauhi diri dari zina dan perkara yang mampu menyebabkan berlakunya zina. 
• Membimbing generasi muda untuk tidak melakukan perbuatan yang merosakkan   diri, keluarga dan keturunan.
• Membina keyakinan diri yang mantap dan jitu berdasarkan formula Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) 

Pengisian yang sangat interaktif, kuiz dan hadiah menarik, sesi LDK bersama fasilitator berpengalaman berjaya menambat hati para remaja yang hadir. Pada masa yang sama panduan dan perkongsian kisah-kisah benar yang berlaku di kalangan penghuni Rumah Perlindungan Raudhatus Sakinah oleh Puan Rosmawati Zainal selaku Pengarah Urusan telah berjaya menambah insaf dan kesedaran di kalangan ibubapa untuk lebih cakna terhadap perkembangan anak remaja mereka.

Pastinya program sehari ini tidak akan mampu merawat gejala zina yang kian parah di kalangan masyarakat dewasa ini. Namun diharapkan program ini mampu menjadi titik tolak yang mampu membuka mata kasar dan mata hati setiap peserta untuk memulakan hijrah ke arah yang lebih baik, menjalani kehidupan yang lebih sihat dan berkat di dunia dan akhirat.

alt alt
alt alt
alt alt
Foto & teks oleh:
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam
Bahagaian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan (JAWI)