05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KEJOHANAN BOWLING BAHAGIAN PENGUATKUASAAN JAWI 2013

KEJOHANAN BOWLING BAHAGIAN PENGUATKUASAAN JAWI 2013
 
alt

31hb Mac 2013 (Ahad)– Bertempat di Pusat Bowling, Kompleks Membeli Belah Warta, Bangi, Selangor Darul Ehsan, Bahagian Penguatkuasaan JAWI telah menganjurkan Kejohanan Bowling Peringkat Bahagian Penguatkuasaan JAWI. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Tuan Wan Jaapar Wan Ahmad selaku Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama (KPPA) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Kejohanan ini mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta yang terdiri daripada kakitangan dan keluarga Bahagian Penguatkuasaan JAWI. Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah untuk merapatkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan dan keluarga.

Dalam kejohanan bowling pada kali ini, terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu terbuka kumpulan dan terbuka individu. Hadiah telah disampaikan oleh Tuan KPPA di akhir kejohanan tersebut. Dalam ucapan tuan KPPA amat menyokong kejohanan seumpama ini untuk dianjurkan di masa-masa akan datang. Kejohanan yang bermula jam 12.00 tengah hari ini berakhir jam 4.00 petang .


alt alt
alt alt

Foto & Teks oleh:
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)







Cetak   Emel