05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Perasmian Kedai Makan Asnaf 1Malaysia
alt
 
26 Februari 2013 (Selasa) – Majlis Perasmian Kedai Makan Asnaf 1Malaysia telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertempat di Bangunan Darul Jami’yah, Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
 
Kedai Makan Asnaf 1Malaysia mula dibuka sejak Januari lalu telah menerima kunjungan seramai 800 orang asnaf serta golongan gelendangan setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 5 petang, dengan peruntukan RM1.2juta dalam tempoh setahun.
 
Operasi kedai makan ini yang pertama di ibu negara ini merupakan pendekatan dakwah yang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan sasar di samping membantu mereka yang kurang berkemampuan.
 
Majlis yang telah dirasmikan oleh YB. Mejar Jeneral Haji Jamil Khir Bin Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ini turut mendapat kerjasama daripada beberapa badan kerajaan (NGO). Kedai ini dibiayai sepenuhnya melalui sumber bayaran zakat yang diuruskan Baitulmal dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
 
Jamil Khir berkata, di samping mereka dapat mengambil makanan secara percuma, pendekatan berdakwah juga diwujudkan antaranya disediakan pelbagai program keagamaan seperti kuliah agama dan solat berjemaah bagi merapatkan hubungan golongan berkenaan dengan agensi agama.
 
Turut hadir, YB. Datuk Dr. Mashitah Binti Ibrahim (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri), YBhg. Datuk Othman Bin Mustapha (Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali (Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP) dan YBhg. Tuan Zainal Abidin Bin Jaffar (Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP).

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria