05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Kerja Jabatan Agama Islam Pahang Ke JAWI
alt
 
20 Februari 2013 (Rabu)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima kunjungan Lawatan Kerja dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bertempat di Bilik Mesyuarat Dewan Syura Perdana, Kompleks Pusat Islam, JAWI.
 
Lawatan Kerja ini diadakan atas tujuan untuk berkongsi maklumat dan memperkenalkan sistem E-Muallaf bagi mentadbir urusan berkaitan saudara baru disamping bertukar-tukar pendapat dan pandangan berkaitan fungsi Bahagian Dakwah JAWI serta mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua belah pihak.
 
Seramai 35 orang ahli delegasi telah menyertai delegasi ini yang diketuai oleh Timbalan Pengarah JAIP, Dato’ Haji Mohd Ghazali Bin Abdul Aziz. Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa dan tayangan video korporat. Seterusnya sesi taklimat diteruskan dan taklimat balas dari delegasi yang berkunjung serta sesi soal jawab. Akhir, pemberian cenderahati, jamuan ringan, lawatan ke Bahagian Dakwah Unit Saudara Baru dan sesi bergambar turut dijalankan.
 
Hadir sama, Encik Mohd Kassim Bin Maarof (Penolong Pegawai Penerangan), Ustazah Azizah Binti Che Hassan (Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah), Ustazah Zaini Naura Aza Binti Md Zain (Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Saudara Muslim), Mohd Sukri Bin Abd Ghani (Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Saudara Muslim), Norazizah Binti Naim (Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Cawangan Teknologi Maklumat) dan Norhafiza Binti Azizan (Pegawai Teknologi Maklumat, Cawangan Teknologi Maklumat).

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria