Klinik Keluarga Siri 1/2013
Program dengan tema Mendidik Anak Secara Fitrah yang member focus “Menyemai Rasa Cinta terhadap Rasulullah” ini, telah dihadiri hampir 1000 peserta terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta dan masyarakat awam yang majoritinya dating berkeluarga. Usai ucapan, forum yang dipengerusikan oleh Ustaz Muhidin Bin Mokter selaku penasihat syariah BBIM, telah dimulakan jam 10.00 pagi bersama dua ahli panel yang dikenali ramai, Ustazah Isfadiah Binti Mohd Dasuki, Pensyarah Pusat Matrikulasi, UIAM yang juga tamu rancangan Assalammualaikum, TV Al-Hijrah dan Ustaz Gunawan Bin Che Ab. Aziz selaku Pegawai KPI Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Forum yang berlangsung hampir 3 jam ini juga telah Berjaya mengupas tajuk dengan mendalam berkenaan kepentingan rasa cinta terhadap Rasulullah dalam diri anak-anak dan implikasinya dalam pembentukan peribadi anak-anak. Panelis juga memberi panduan kepada ibubapa bagaimana mengaplikasikan pembudayaan amalan sunnah dalam kehidupan harian. Penonton juga diberi ruang mengemukakan persoalan dan pandangan mengenai topik yang dibincangkan. Program Dakwah Bil-Lisan ini diharapkan mampu menjadi platform terbaik kepada masyarakat sebagai penambahbaikan terhadap ibubapa dalam pendidikan kepada anak-anak demi menjamin kemaslahatan diri dan keluarga di dunia dan akhirat. Foto dan teks oleh: Bahagian Dakwah, JAWI, Kuala Lumpur |
Jumlah paparan: 4840