05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kejohanan Futsal Bahagian Penguatkuasaan 2013
 

01 Februari 2013 – Pada Jam 3.00 petang bertempat di Dewan Futsal Wangsa Maju Kuala Lumpur, Bahagian Penguatkuasaan JAWI telah mengadakan Kejohanan Futsal Bahagian Penguatkuasaan. Pertandingan ini telah dihadiri oleh Tuan Wan Jaapar Wan Ahmad Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Pegawai-pegawai kanan bahagian Penguatkuasaan.
Kejohanan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta yang terdiri daripada Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) daripada JAWI Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disamping suami pegawai dan kakitangan Bahagian Penguatkuasaan.
Dalam kejohanan futsal kali ini, terdapat beberapa kategori yang dipertandingkan iaitu Pemain Terbaik, Penjaring Terbaik, Kumpulan Terbaik, Tempat Pertama, Tempat Kedua dan Tempat Ketiga. Penganjuran kejohanan ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim antara Pegawai Penguatkuasa Agama dan saling mengenali antara satu sama lain. Kejohanan ini berakhir pada jam 6.30 petang selesai sahaja penyampaian hadiah kepada setiap pemenang.


alt alt
alt alt
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Penguatkuasaan,
JAWI, Kuala Lumpur