05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Penggunaan Peralatan dan Pengendalian Khutbah Multimedia
 

29 Januari 2013 (Selasa) – Cawangan Khutbah dan Latihan, Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kursus Penggunaan Peralatan dan Pengendalian Khutbah Multimedia bertempat di Bilik Seminar Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Kursus tersebut telah dihadiri oleh seramai 20 orang wakil daripada Surau-Surau Jumaat di Kuala Lumpur dan Putrajaya yang telah menerima peralatan Khutbah Multimedia. Di dalam kursus ini, para peserta telah diberi penerangan mengenai cara penggunaan peralatan seperti projektor dan komputer riba serta praktikal cara mengendalikan khutbah multimedia ketika solat Jumaat.
Taklimat kursus tersebut telah disampaikan oleh En. Mohd Hilmee bin Umar, Penolong Pengarah, Cawangan Khutbah dan Latihan, Bahagian Pengurusan Kariah dan En. Nik Rizaf bin Nik Mustapha, Pengurus Kaypi Technologies.


alt alt
alt alt
   
 
Disediakan Oleh:
Cawangan Khutbah Dan Latihan,
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur