05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Semakan Semula Pelan Strategik ICT (ISP)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 2010-2014

 

21 Januari 2013 (Isnin) – Cawangan Teknologi Maklumat dengan kerjasama Unit Latihan Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)  telah menganjurkan Bengkel Semakan Semula Pelan Strategik ICT (ISP) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 2010-2014 bertempat di Dewan Seminar, Tingkat 4, Mahkamah Syariah Wilayah persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Bengkel yang berlangsung selama satu hari ini telah dihadiri oleh 26 orang peserta dari bahagian-bahagian di JAWI. Perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Murat bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah (Pengurusan) merangkap Ketua Pegawai Maklumat (CIO) JAWI.  Bagi melancarkan perjalanan bengkel, 3 orang wakil daripada pasukan perunding MAMPU iaitu Puan Norhayati Yaacob (Ketua), Puan Suhaiza Sudirman dan Encik Faizal Abu Kassim telah dijemput untuk bertindak sebagai fasilitator bengkel.

Manakala para peserta daripada JAWI pula  yang hadir adalah seramai  daripada 26 orang dan merupakan wakil bagi setiap bahagian di JAWI.

Objektif bengkel ini diadakan ialah :
  • Objektif utama bengkel terbahagi kepada tiga iaitu
  • Semakan Semula ISP agar selaras dengan Pelan Strategik Jabatan dan Pelan Strategik ICT Sektor Awam
  • Semakan terhadap program / aktiviti yang dirancang sepanjang 2010-2014 mengikut teras, dan Semakan semula terhadap program/aktiviti yang dirancang adalah bersesuaian dan relevan dengan teknologi semasa.
 
Laporan hasil bengkel semakan semula ini akan dimaklumkan kepada pihak pengurusan JAWI dan seterusnya kepada pihak MAMPU.
alt alt
alt alt
 
Disediakan Oleh:
Cawangan Teknologi Maklumat,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
JAWI, Kuala Lumpur