Bengkel Pengurusan Kes Di Mahkamah Syariah,

Bengkel Pengurusan Kes Di Mahkamah Syariah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan

 

5 – 6 Disember   2012 (Rabu - Khamis) – Cawangan Pendakwaan dengan kerjasama Cawangan Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Kes Di Mahkamah Syariah bertempat di Hotel Waterfront, Wilayah Persekutuan Labuan.
        Bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini, telah diisi dengan 5 slot ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Tuan Ibrahim bin Deris, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah-wilayah Persekutuan dan Tuan Salehan bin Haji Yatim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendakwaan. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh 20 orang pegawai dan kakitangan daripada Cawangan Pendakwaan dan Cawangan Penguatkuasaan  JAWI Labuan.
        Bengkel berkenaan diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan pengurusan prosiding kes jenayah syariah di Mahkamah Syariah, di samping meningkatkan pengetahuan setiap peserta mengenai pengurusan eksibit dan rantaian keterangan kes di dalam prosiding perbicaraan. 
 
   
 
Disediakan Oleh:
JAWI Labuan