05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Anak Soleh Anak Cemerlang
alt
 
7 November 2012 (Rabu) – Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Sekolah Rendah Agama (SRA) Amru Al-Ass, Bandar Baru Sentul telah menganjurkan ‘Seminar Anak Soleh Anak Cemerlang’ bertempat di Dewan SRA Amru Al-Ass Bandar Baru Sentul.
 
Seminar ini dianjurkan bagi memberi penerapan nilai-nilai Islam yang wajar dipraktikkan dalam kehidupan kepada golongan anak-anak kecil serta membudayakan anak-anak dengan kehidupan berlandaskan akhlak mulia agar menjadi anak soleh dan cemerlang di samping meningkatkan mutu bacaan al-Quran dan ibadah solat dalam diri anak-anak.
 
Program ini telah menyediakan dua slot ceramah iaitu Ceramah 1 : ‘Mutiara Kalamullah’ yang disampaikan oleh Ustaz Kamal Amir Bin Osman, Imam Masjid Al-Ghufran Pinggir TTDI dan Ceramah 2 : ‘Solat Memelihara Akhlak’ oleh Ustaz Ahmad Ashraf Bin Mat Ali, Guru Bahasa Arab, Sek. Men. Agama Tinggi Ar-Rahman.
 
Perasmian penutup telah dirasmikan oleh YBhg. Mohamad Rais Bin Rasid, Ketua Penolong Pengarah (Rundingcara) BPPK, Cawangan Rundingan dan Pembangunan Keluarga Islam.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria