05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Larian Hijrah ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ Peringkat Wilayah Persekutuan 1434H
alt
 
25 November 2012 (Ahad) – Seramai 3,000 peserta terdiri daripada pelbagai kaum mengambil bahagian dalam program Larian Hijrah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" Peringkat Wilayah Persekutuan 1434H yang diadakan di perkarangan Kompleks Pusat Islam, di sini, pagi tadi.
 
Larian Hijrah yang bertemakan Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah itu merupakan salah satu program anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersempena dengan Sambutan Maal Hijrah 1434H.
 
Antara objektif utama program tersebut diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan dan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia selaras dengan konsep 1 Malaysia di samping menggalakkan masyarakat  Malaysia supaya mengamalkan cara hidup sihat berlandaskan nilai-nilai murni.
 
Terdahulu, upacara pelepasan peserta disempurnakan oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
 
Hadir sama ialah YBhg. Dato’ Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP.
 
Larian sejauh lima kilometer itu terbahagi kepada lapan kategori iaitu lelaki terbuka (18-44 tahun), lelaki veteran (45 tahun ke atas) dan lelaki remaja (13-17 tahun). Manakala bagi wanita terbuka (18-44 tahun), wanita veteran (45 tahun ke atas) dan perempuan remaja (13-17 tahun). Dua kategori juga diperuntukkan untuk peserta antarabangsa (18 tahun ke atas) iaitu lelaki dan wanita.
 
Bagi peserta yang berjaya, pemenang tempat pertama akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500, tempat kedua RM400 dan tempat ketiga RM300 berserta dengan pingat dan sijil penyertaan. Tempat keempat pula membawa pulang RM200 dan kelima RM100 berserta pingat dan sijil penyertaan. Manakala tempat keenam hingga ke-20 menerima pingat dan sijil penyertaan. Para peserta yang berjaya menamatkan larian akan diberikan sijil penyertaan.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria
Teks oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan,
JAWI, Cawangan Kuala Lumpur