05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Retreat Pendakwa Syarie Seluruh Wilayah Persekutuan 2012
alt
 
9 Oktober 2012 (Selasa) – Kursus Retreat Pendakwa Syarie Seluruh Wilayah Persekutuan 2012 telah dianjurkan oleh Bahagian Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertempat di Nur Laman Bestari Eco Resort, Hutan Lipur Sg. Tua, Jalan Ulu Yam, Batu Caves Selangor.
 
Kursus yang dijalankan selama tiga hari berturut-turut ini berakhir pada 11 Oktober 2012 (Khamis) dengan berobjektifkan meningkatkan motivasi diri dan kesedaran tentang amanah serta tanggungjawab para pegawai dan kakitangan khususnya Bahagian Pendakwaan di Wilayah Persekutuan.
 
Retreat ini juga menerapkan sikap positif kepada pegawai Bahagian Pendakwaan bagi merealisasikan kecemerlangan terhadap kualiti Pentadbiran Bahagian Pendakwaan dan pengendalian kes di Mahkamah Syariah di samping mewujudkan budaya kerja cemerlang dalam satu pasukan di kalangan para pegawai dengan semangat setia kawan yang tinggi.
 
Selain itu, kursus ini juga dapat memupuk nilai-nilai murni bagi setiap individu dan memberikan kemahiran berkomunikasi dengan semua peringkat dalam organisasi serta masyarakat secara lebih berhemah dan efisyen.
 
Program Kursus Retreat Pendakwa Syarie Seluruh Wilayah Persekutuan 2012 telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
 
Pelbagai aktiviti telah dijalankan selama tiga hari kursus ini berlangsung. Antaranya, Ice Breaking, Senaman Pagi, Pertandingan Paintball, Treasure Hunt, BBQ, Jungle Trekking dan Flying Fox. Seramai 30 ahli pendakwa syarie menyertai kursus ini.
 
Turut hadir, Tuan Ibrahim Bin Deris (Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan), Tuan Haji Musa Bin Ranli (Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan), Tuan Mazlan Bin Osman (Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasaan), Tuan Mohd Zaki Bin Mat Salleh (Penolong Pengarah, Bahagian Karian) dan Tuan Salehan Bin Haji Yatim (Pendakwa Syarie Kanan Cawangan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi, Bahagian Pendakwaan).

alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria