05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Pengurusan Keluarga (Pasca Perkahwinan) Orang Kelainan Upaya
alt
 
11 Oktober 2012 (Khamis) – Pusat Pembangunan Keluarga Islam, Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Pusat Latihan Perindustrian &
Pemulihan Orang Kelainan Upaya (PLPP) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Keluarga (Pasca Perkahwinan) Orang Kelainan Upaya (OKU) bertempat di Dewan Perdana Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan Orang Kelainan Upaya (PLPP), Bangi.

Kursus yang berlangsung selama dua hari ini telah dihadiri seramai 150 orang peserta dari PLPP Bangi dan perasmian penutup telah dirasmikan oleh YBhg. Ustaz Mohd Rais Bin Rasid, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga JAWI.

Objektif kursus ini ialah bagi menjelaskan konsep pengurusan keluarga yang disesuaikan dengan keperluan semasa yang semakin kompleks di samping mempertingkatkan kemahiran di dalam mengurus institusi
kekeluargaan Islam. Selain itu, kursus ini juga diharapkan dapat melahirkan individu yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap pengurusan menyeluruh di dalam keluarga serta mewujudkan konsep Rumahku Syurgaku.

Sesi ceramah berkenaan turut memuatkan enam slot. Antaranya ialah ‘Slot 1 : Perancangan Pendidikan Anak-Anak & Kepentingannya’ oleh Haji Taufiq Musaddad Bin Haji Ahmad (Penolong Pengarah Kanan, Pusat Bahasa, ILIM), ‘Slot 2 : Komunikasi Suami Isteri & Kepentingannya Dalam Sesebuah Perkahwinan’ oleh Ustaz Ramle Bin Endut (Mantan Pengarah JAWI) dan ‘Slot 3 : Pengurusan Masalah Keluarga, Pengurusan Stres Dan Konflik’ oleh Ustaz Mohd Radhi Bin Abdul Ghani (Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Kariah, JAWI).

Manakala slot lain yang diadakan pada hari kedua ialah ‘Slot 4 : Mengurus Perhubungan Suami Isteri Dalam Perkahwinan’ oleh Dr. Mohamad Zain Bin Dolah, ‘Slot 5 : Pengurusan Keluarga Dalam Islam, Rasulullah S.A.W. Sebagai Qudwah Hasanah’ oleh Ustaz Muhyidin Bin Aziz@Saari (Penolong Pengarah Kanan, Pusat Al-Quran & Ilmu Teras, ILIM) dan ‘Slot 6 : Pengurusan Sumber Keluarga, Kewangan & Masa Dalam Sesebuah Keluarga – Sejauh Mana Keperluannya’ oleh Ustazah Wan Morsita Binti Wan Sudin (Bekas Pegawai JAKIM).
 
alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria